Ahad, 29 November 2009

MESYUARAT AHLI JKKK BATANG BENAR KALI KE-2

Untuk makluman semua, pihak JKKK Batang Benar akan mengadakan mesyuarat bersama beberapa agensi kerajaan seperti MPN, JKR, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai agensi lagi pada maklumat seperti berikut :



TARIKH :  10hb DISEMBER 2009 ( KHAMIS )
MASA    :  2.30 petang
TEMPAT : BALAI RAYA KG. BATANG BENAR



Kepada semua ahli khariah Batang Benar, sila masukkan aduan atau sebarang cadangan anda di dalam ruangan komen di bawah. Suara anda adalah penting demi pembangunan keseluruhan Khariah Batang Benar.

Sekian, harap maklum.

Selasa, 24 November 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH utk WANITA



Pada 24hb November 2009 yang lalu, satu program Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan di Balai Raya Kg, Btg Benar. Program ini telah dikendalikan oleh KEMAS dengan kerjasama JKKK Batang Benar. Ustazah yang memimpin kursus ini ialah Ustazah Hamidah yang begitu aktif dalam memberikan ilmu kpd kaum ibu yang berada di dalam khariah Btg Benar ini. Turut membantu ialah Ustazah Fatimah yang bertukus-lumus memberikan penerangan kepada peserta yang hadir.


Pada hari tersebut juga, seramai 35 orang peserta telah mengambil bahagian untuk sama-sama menimba ilmu dalam hal pengurusan jenazah. Pendedahan sebegini adalah perlu kerana dapat melahirkan pelapis untuk menguruskan jenazah wanita tidak kira di mana berada..


Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang terutamnya untuk kaum lelaki pula supaya matlamat akan tercapai bagi memberikan ilmu pengetahuan tentang pengurusan jenazah.


Sekian, harap maklum.

KELAS AGAMA TAJWID UNTUK WANITA


Untuk makluman semua kaum wanita di sekitar khariah Kg. Batang Benar, satu kelas tajwid telah diadakan di Balai Raya Kg. Batang Benar yang bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang pelbagai hukum tajwid dalam bacaan Al-Quran serta bimbingan agama dalam kehidupan. Kelas ini dianjurkan oleh KEMAS dan berfungsi aktif pada ketika ini.

Berikut adalah maklumat mengenai aktiviti ini :

    PROGRAM : KELAS TAJWID
      HARI           : SETIAP KHAMIS
    PESERTA    : KAUM WANITA

Sebarang pertanyaan , bolehlah menghubungi Kak Nor di talian : 0192187510.



    

Selasa, 17 November 2009

TABIKA KEMAS bakal diwujudkan 2010



Salam 1Malaysia. 

Hasil usaha JKKK Btg Benar serta kerjasama daripada Persatuan Penduduk Perdana College Height & KRT Country Height, Pajam, pada Januari 2010 ini bakal diwujudkan sebuah lagi Tadika KEMAS didalam khariah Btg Benar. Lokasi untuk permulaan ini ialah di kawasan Pangsa Pajam kerana penempatan tetap akan disusuli kemudian kerana belum ada lokasi yang bersesuaian untuk didikan Tadika KEMAS ini.


Walaubagaimanapun, watikah penubuhan Tadika KEMAS ini telah diberikan oleh Pegawai KEMAS Parlimen Seremban iaitu Tuan Hj. Ali b. Abd. Majid. Hal ini menunjukkan komited serta kesungguhan yang tinggi serta kerjasama yang erat telah berjaya dicantumkan bagi mewujudkan Tadika ini demi pendidikan awal persekolahan anak-anak kita terutamnya di dalam khariah Batang Benar ini.



Untuk urusan pendaftaran, telah dibuka. Walaubagaimanapun, segala urusan pendaftaran terpaksa dijalankan melalui Tadika KEMAS Batang Benar kerana kawasan baru ini masih belum sempurna kemudahan untuk urusan pendaftaran. Diharap, semua ibu bapa di kawasan Pangsa Pajam dan Perdana College Heights gembira dengan usaha ini.


Pada 22hb November 2009 yang lalu, Tuan Hj Ali b. Abd Majid telah memberikan taklimat yang serba lengkap bagi memaklumkan kdp ibu bapa / penjaga mengenai penubuhan Tabika KEMAS ini. Secara tidak langsung dapat memberikan gambaran jelas kpd ibu bapa mengenai hasrat murni jawatankuasa penaja dalam hal pembangunan pendidikan awal persekolahan anak-anak di kawasan sekitar.



Sekian, harap maklum.

Ahad, 1 November 2009

SEKITAR KARNIVAL PIBG-JKKK BATANG BENAR




Dari awal pagi sebelum berlangsungnya Karnival PIBG-JKKK ini hujan telah turun membasahi bumi Batang Benar seolah-olah membantutkan hasrat murni dalam penyelarasan program. Namun syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya juga, karnival ini telah berjalan dengan jayanya.


Sejak dari seawal jam 8.00am lagi, para pengunjung telah mula menjejak kaki ke perkarangan Sek. Keb. Batang Benar selain daripada pelajar-pelajar yang telah awal pagi bersemangat datang ke sekolah. Dengan kelihatan 4 buah bas bergerak utama yang yang terdiri daripada Pusat Sains Negara, Mimos, Jabatan Meteorologi serta Jabatan Pendaftaran Negara menaikkan semangat pengunjung untuk mengetahui apakah perkhidmatan yang telah disediakan oleh bas bergerak tersebut.


Pada hari ini, pelbagai pihak yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta turut mengambil bahagian dalam bentuk pameran dan perkhidmatan. Diantaranya ialah, MIMOS dengan internet bergerak, Pusat Sains Negara dengan pameran interaktif, Jabatan Pendaftaran Negara yang memberikan perkhidmatan mengemaskini kat pengenalan, Suruhanjaya Pilihanraya malaysia yang menyediakan kaunter Semakan Daftar Pemilih yang pada hari ini sahaja telah menerima lebih daripada 100 orang yang mendaftar sebagai pengundi selepas proses penukaran alamat di kaunter JPN. Selain itu, terdapat juga pameran daripada Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Takaful Ikhlas, FRIM, Jabatan Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian Malaysia, jabatan Meteorologi, Celcom , RELA dan banyak lagi gerai-gerai yang menyediakan pelbagai kemudahan.


Pada pagi itu juga diceriakan dengan kehadiran bakal Angkasawan Negara iaitu Mejar Dr. Faiz Khaleed yang telah menyampaikan ceramah beliau. Keharidan Dr Faiz memang ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Batang Benar.


Hujan masih terus membasahi bumi Btg Benar. Pelbagai program tetap diteruskan seperti acara sukaneka , pertandingan Tarik Tali , peraduan Teka Kacang juga mendapat sambutan yang menggalakkan kerana hadiahnya berupa sebuah basikal. Jawapan bagi peraduan teka kacang ialah jumlah kacangnya sebanyak 686 biji kacang kesemuanya.


Semua program telah selesai pada jam 3.30 petang dan majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Hajah Samsiah bt Samsudin, Anggota Dewan Negara merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Seremban.


Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.