Ahad, 28 November 2010

SEKITAR PROGRAM KEMASYARAKATAN BANK RAKYAT BERSAMA JKKK


 








Pada 26 & 27 November 2010, telah berlangsung dua program keagamaan yang besar di Kg Batang Benar. Program Majlis Khatam Al-Quran & Majlis Berkhatan Beramai-ramai. Program ini telah mendapat tajaan daripada Bank Rakyat dan mendapat kerjasama daripada JKKK, Komuniti Bestari, dan Masjid As-Sidiqqin Kg. Batang Benar. Kemuncak program adalah bermula jam 8.00 pagi di mana Majlis Berkhatan dilaksanakan. 

Bermula dengan perarakan diselit paluan kompang, seramai 50 orang kanak-kanak yang akan berkhatan telah diraikan. Selain daripada dapat berkhatan, setiap kanak-kanak juga telah mendapat buku akaun simpanan Bank Rakyat di mana RM20.00 telah dikreditkan di dalam akaun masing-masing. Sebelum berkhatan dijalankan, kesemua kanak-kanak telah disiram dengan pancutan air bomba oleh pihak Bomba. 

Pada masjlis ini, Y.Bhgia Tuan Hj. Nazaruddin b. Zainal Abidin, selaku Ketua Wilayah Selatan, Bank Rakyat telah menyempurnakan perasmian program Majlis Berkhatan Beramai-Ramai yang julung-julung kali diadakan ini. Selain daripada itu, tetamu kehormat yang turut hadir ialah Dato; Hj. Ishak b. Ismail selaku Ketua UMNO Bahagian Seremban yang begitu gembira dengan program yang dilaksanakan ini. 

Ucapan sekalung penghargaan kepada pihak Kolej Universiti MasterSkill yang bersama-sama memeriahkan majlis dengan menyediakan pelajar untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk semua tetamu yang hadir. Selain daripada itu, pihak JKKK mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang seperti syarikat Nilai Bersih Sdn Bhd, Kilang Getah di Kg. Batang Benar serta penyumbang-penyumbang yang tidak disebutkan nama. 

Semoga aktiviti kemasyarakatan sebegini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang demi kebaikan seluruh penduduk di dalam Khariah Kg. Batang Benar.

Isnin, 15 November 2010

MAJLIS KONVOKESYEN TABIKA KEMAS BATANG BENAR 1 & 2


Pada 11hb November 2010 yang lalu, telah berlangsung satu Majlis Konvokesyen & Penyampaian Hadiah Kanak-kanak Tabika KEMAS Batang Benar 1 & 2. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Hj. Ishak b. Ismail selaku Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan bahawa anak2 perlu dijaga, diasuh serta dibimbing dengan pebuh kasih sayang serta didikan akhlak yang sempurna. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju kecemerlangan anak-anak demi melahirkan insan yang seimbang daripada pelbagai aspek terutamanya kerohanian. Di dalam majlis itu juga, YBhgia Dato' Hj Ishak berjanji akan membantu menyalurkan dana bagi pembinaan bangunan tambahan Tabika KEMAS Batang Benar 1 & 2 di mana terdapat satu kelas Tabika yang masih menyewa di taman berhampiran.

Pihak JKKK dan AJK Tabika KEMAS Batang Benar mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Yang Berbahagia Dato' Hj. Ishak dan ibu bapa anak2 tabika yang sudi memeriahkan majlis berkenaan.

Ahad, 7 November 2010

MAJLIS BERKHATAN & KHATAM AL-QURAN

Dijemput semua ahli Qaryah Kampung Batang Benar bersama-sama mengimarahkan program yang bakal dilaksanakan kelak.. Program ini adalah hasil kerjasama antara Bank Rakyat dan JKKK bersama Masjid As-Sidiqqin, Batang Benar.

Selasa, 1 Jun 2010

KARNIVAL KEMAS & PROGRAM MESRA RAKYAT KHARIAH BATANG BENAR


YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad B. Hassan


Untuk maklumat semua, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad b. Hassan akan berkunjung ke Batang Benar bagi menyempurnakan Karnival KEMAS serta Program Mesra Rakyat. Program ini adalah anjuran Tabika KEMAS Batang Benar & Tabika KEMAS Perdana Country Height bersama JKKK Kg. Batang Benar.  Marilah kita semua ramai-ramai berkunjung ke Batang Benar pada hari tersebut.

TARIKH : 26HB JUN 2010 ( SABTU )
MASA    : 8.30 PAGI
TEMPAT: PERKARANGAN MASJID AS-SIDDIQIN, KG. BATANG BENAR

Moh la kito samo2 poei!!!!

Khamis, 15 April 2010

PAPAN TANDA ARAH MASJID

Gambar Hiasan sahaja

Pihak JKKK Kg Batang Benar telah memohon 2 unit papan tanda arah ke Masjid As-Siddiqin Kg. Batang Benar. Alhamdulillah permohonan telah diluluskan dan telahpun diletakkan papan tanda tersebut di arah kiri dan kanan sebelum lampu isyarat ke Batang Benar.

Pihak JKKK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Nilai di atas keprihatinan ini. Semoga kerjasama sebegini akan terus berpanjangan demi pembangunan masyarakat.

Selasa, 23 Februari 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KG. BATANG BENAR

Satu lagi Program Masyarakat berlangsung di dalam Khariah Kg. Batang Benar...


TARIKH                   :  27hb FEBRUARI 2010 (SABTU)
MASA                       : 7.45 PAGI ( Gotong-Royong memasak )
                                    5.45 petang ( Perarakan Maulidur Rasul )
TEMPAT                  : MASJID AS-SIDDIQIN KHARIAH KG. BTG BENAR

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir

SEKITAR MAJLIS PERARAKAN.


Rabu, 17 Februari 2010

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN AGENSI ANTI-DADAH KEBANGSAAN (AADK)


Khariah Batang Benar akan diserikan lagi dengan aktiviti gotong-royong mengindahkan sekitar kawasan masjid, balai raya dan tanah perkuburan Islam Batang Benar. Program ini adalah anjuran pihak Agensi Anti-Dadah Kebangsaan serta mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Masjid As-Siddiqin Kariah Batang Benar dan juga JKKK Kg. Batang Benar.

Program ini akan disertai oleh penduduk kampung/taman , AADK sekitar Negeri Sembilan , Kolej Jururawat Seremban, Politeknik Nilai , Jabatan Pertahanan Awam, USIM, MPN, Giatmara Rasah, RELA dan Kem Rasah.

Program ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg.Dato' Abd.Bakir Bin Hj. Zin selaku Ketua Pengarah AADK.

Semua penduduk di sekitar Khariah Batang Benar dijemput beramai-ramai menyertai aktiviti kemasyarakatan ini.



Nama Program           : Program Khidmat Masyarakat Sempena Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan
Tarikh                         : 20hb Februari 2010 ( SABTU )
Masa                          : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi Perasmian       : Lapangan Letak Kereta Masjid Kg. Batang Benar
Lokasi khidmat masyarakat : 1. Masjid Kariah Batang Benar
                                              2. Balai Raya Kg. Batang Benar
                                              3. Perkuburan Islam Kariah Batang Benar
                                              4. Stesen Komuter Batang Benar
Anggaran peserta      : 600 orang peserta sukarela

SEKITAR MAJLIS INI:

Ahad, 31 Januari 2010

MAJLIS PELANCARAN DANA SURAU PERDANA COLLEGE HEIGHTS

Gambar diatas adalah sekitar Majlis Pelancaran Dana Surau Perdana College Heights. Terima kasih buat Dato' Hasim b. Rusdi selaku ADUN Labu merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan kerana sudi meluangkan masa hadir ke majlis ini. Terima kasih juga buat Pengerusi JKKK Kg. Batang Benar, En. Mohd. Salleh b. Othman kerana sudi juga bersama YB Dato' untuk memeriahkan majlis. Tidak lupa juga kepada seluruh jawatankuasa masjid Batang Benar, rakan-rakan Pangsa Country Heights serta penduduk Islam Perdana College Heights. Kutipan sehingga jam 9.00 malam ini ialah sebanyak RM7,000 lebih. Semoga kutipan akan mencapai sasarannya.

BANGUNAN TABIKA KEMAS, PERDANA COUNTRY HEIGHTS

Bermula 04hb Januari 2010 telah bermula operasi Tabika KEMAS Perdana Country Heights. Nama 'Perdana Country Heights' diambil sempena gabungan jawatankuasa penaja dari 2 kawasan iaitu Perdana College Heights dan Pangsa Country Heights. Bangunan ini adalah milik Puan Juana yang berbesar hati memberikan rumahnya sebagai bangunan sementara untuk disewakan oleh pihak KEMAS. Walaubagaimanapun, permohonan pembinaan Tabika KEMAS tapak tetap telah dimohon oleh Persatuan Penduduk Perdana College Heights melalui JKKK Kg Batang Benar. Tapak bangunan tetap adalah diatas tanah surau Perdana College Heights yang juga tanah telah dirizabkan milik Jabatan Hal Ehwal Agama Isalam N. Sembilan. Persetujuan oleh jawatankuasa pembinaan surau telah dinyatakan dalam mesyuarat bil 01/2010 yang ahli mesyuarat bersetuju memberikan sebahagian tempat untuk tapak Tabika KEMAS. Terima kasih kepada jawatankuasa surau dan penduduk Perdana College Heights.

Khamis, 28 Januari 2010

MESYUARAT JKKK KG. BATANG BENAR kali ke-3



Pada 21hb Januari 2009, mesyuarat JKKK Kg. Btg Benar bersama agensi kerajaan telah diadakan. Tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa untuk hadir bersama ialah Dato' Hasim b. Rusdi selaku ADUN Labu merangkap bapa angkat DUN Nilai. Kehadiran beliau telah memberikan input yang baik utk ahli JKKK mengutarakan pelbagai soalan berkenaan dengan keseluruhan khariah.

Ahad, 10 Januari 2010

KELAS BIMBINGAN TUISYEN


Biro Pendidikan JKKK Batang Benar akam mewujudkan satu kelas bimbingan tuisyen untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang belajar di SK Batang Benar serta murid yang tinggal disekitar kawasan Batang Benar. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan kecemerlangan didalam bidang akademik sekaligus dapat mencapai keputusan yang cemerlang untuk UPSR 2010. Semoga ibubapa/penjaga dapat memberikan sokongan agar kelas bimbingan tuisyen ini berjaya. Sekian harap maklum.

Sasaran      : Pelajar Tahun 5 & 6 (2010)                                          
Tempat       : Balai Raya Kg. Batang Benar                                            
Bayaran      : RM 50.00 sebulan                                                               
Subjek        : Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris , Mathematics, Sains

Sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi Cikgu Anuar di talian 012-2344294 atau terus ke Pejabat Pentadbiran JKKK Batang Benar di Bukit Inai. Terima kasih.

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

Satu Program Gotong-Royong memasak bubur asyura telah dijalankan oleh Jawatankuasa Surau Pangsa Pajam dengan kerjasama semua penduduk. Menurut Pengerusi Surau, program sebegini akan dijadikan program tahunan pihak jawatankuasa surau.


Harap Maklum

Rabu, 23 Disember 2009

Penentuan Arah Kiblat Surau Al-Falah Perdana College Heights




      Perdana College Heights bakal didirikan sebuah surau baru untuk para jemaah dikawasan sekitarnya menunaikan solat berjemaah disamping sebagai satu pusat komuniti penduduk Perdana College Heights. Untuk makluman semua, permohonan mendirikan surau telah diluluskan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N. Sembilan. Urusan pewartaan tanah juga sedang diproses di mana Pejabat Tanah & Daerah Seremban telah meluluskan permohonan perizaban tanah di kawasan ini sebagai tanah milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.S.                                                                                                                                                                                                                  
     Pada hari ini 24hb Disember 2009, Bahagian Falak Jabatan Mufti telah hadir dengan 3 orang pegawainya telah menjalankan urusan menentukan arah kiblat. Diharapkan dengan perkembangan ini, maka urusan dapatlah dipercepatkan dengan hasil usahasama antara Persatuan Penduduk Perdana College Heights dan Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah serta kerjasama daripada pihak JKKK Batang Benar.                                                                     
    Semoga ketibaan Ramadhan akan datang akan memberikan harapan baru kepada semua penduduk Islam dikawasan sekitar untuk bersama-sama menunaikan solat jemaah / terawih bersama-sama. InsyaAllah...                             

Proses permohonan kelulusan mengutip derma telahpun diuruskan dan hanya menunggu jawapan daripada pihak Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JHEAINS. Semoga usaha ini diberkati Allah S.W.T...                                      

BULAN KEBAJIKAN DISEMBER 2009

Biro Kebajikan dalam proses mengenalpasti penduduk kariah Batang Benar yang layak untuk mendapat bantuan
dari Kebajikan Masyarakat .  Borang-borang permohonan akan di edarkan secepat mungkin untuk di penuhi oleh penduduk kampung .   Sebarang pertanyaan bolih lah berhubung dengan  :

PUAN ISNAH MOHAMAD YASSIN
NO. TEL :   012 3039338
AJK BIRO KEBAJIKAN

Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga


Pada 24 Disember 2009, masa 2.30 hingga 5.00 ptg, Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga di bawah bimbingan Cikgu Norziah Daud akan mengadakan pertandingan hasil tangan dari murid-muridnya yang terdiri dari kaum wanita kariah Batang Benar. Hasil Tangan tersebut berbentuk  masakan: kueh moden dan tradisi, kraftangan: bunga  telur, gelang manik, bakul  kertas, dan sebagainya. Berkat dari bimbingan beliau ada dari kalangan peserta telah mendapat manfaat dari menghadiri kelas ini dimana mereka membuat dan menjual hasil tangan tersebut untuk mendapat pendapatan sampingan. Diharap kelas ini dapat diteruskan oleh pihak KEMAS pada masa akan datang.  

Rumusan Mesyuarat JKKK Kali ke-2



Pada 10hb Disember 2009 yang lalu, mesyuarat kali ke-2 JKKK dengan agensi kerajaan telah diadakan di Balai Raya. 2 daripada 3 agensi kerajaan yang dijemput untuk hadir telah menghantar pegawainya utk membantu JKKK dalam memberikan maklumat dan perbincangan. Dua agensi yang terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Perbandaran Nilai. Terima kasih diucapkan di atas kehadiran.

1. Pengerusi JKKK, En. Mohd Salleh mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK dan pegawai JKM dan MPN.

2. Memaklumkan bahawa bulan Januari 2010 telah ditetapkan sebagai Bulan Kebajikan telah dimasukkan sebagai salah satu program JKKK.

3. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberikan taklimat mengenai bentuk bantuan yang dapat disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan. Salah satunya adalah bantuan OKU. Contohnya, OKU yang berkerja akan diberikan bantuan RM300 setiap bulan dengan syarat perlu ada permohonan.

4. Bantuan ibu tunggal telah dijelaskan bahawa bantuan ini bermaksud adalah bantuan untuk anak-anak yang berusia dibawah 18 tahun. Yang berkenaan bolehlah memohon melalui pejabat Ketua Kampung.

5. Pegawai MPN juga telah memberikan taklimat mengenai bantuan kepada penduduk yang memerlukan. bantuan ini adalah peruntukkan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana MPN adalah merupakan perantara diantara pemohon dengan kerajaan. Permohonan lanjut bolehlah merujuk kepada Biro Kebajikan iaitu Puan Isnah.

6. Dimaklumkan juga sebarang aduan awam boleh dbuat secara terus ke MPN atau secara online melalui e-pbt. Cik Waheeda memaklumkan bahawa aduan melalui online atau secara terus adalah mempunyai matlamat yang sama dan bolehlah berbuat demikian mengikut kesesuaian.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Program Ziarah Senator Dato' Samsiah bt. Samsudin


Ahad, 20 Disember 2009

Karnival Mini Kesihatan JKKK Btg Benar Bersama pelajar UPM





Salam harmoni , Salam 1Malaysia..

Pada 22hb Disemeber 2009 (Selasa) yang lalu, berlangsungnya satu Majlis Perasmian Karnival Mini Kesihatan yang dianjurkan oleh Fakulti Kesihatan Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama JKKK Batang Benar. Program berlangsung di Balai Raya Btg Benar dan telah dirasmikan oleh wakil Pengerusi JKKK iaitu En. Mohd. Anuar Bin Saed. Majlis ini turut disertai oleh Prof. Dr Zaitun Yassin dan juga Dr. Hazizi sebagai pensyarah pengiring.                     


Program ini telah memberikan input yang berguna buat penduduk kampung yang menyertainya kerana pendedahan serta maklumat mengenai penjagaan kesihatan yang diterima oleh penduduk kampung adalah sangat terhad. Kumpulan pelajar ini telah menjalankan beberapa aktiviti dan kajian sepanjang 2 hari berada di Kampung Batang Benar.                                                                                                                                                                                                              

Pada majlis ini juga, ceramah kesihatan telah disampaikan oleh pelajar UPM sendiri yang begitu yakin memberikan maklumbalas hasil kajian yang dijalankan serta saranan penting dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Disusuli dengan demonstrasi masakan kesihatan serta pameran kesihatan yang telah disediakan oleh kumpulan pelajar ini.                                                                                                                                                                                                     

Bagi pihak JKKK, kami amat berbesar hati dengan kahadiran pelajar serta pensyarah ke Btg Benar untuk menjalankan aktiviti sekaligus memberikan kebaikan kepada penduduk kampung serta pengalaman berharga untuk pelajar yang mengikuti program ini.                                                                                                                                                       

Harapan bagi pihak JKKK agar semua pelajar UPM akan menjadikan Kg. Btg Benar sebagai satu destinasi pilihan untuk dilawati pada masa-masa akan datang. Juga diharapkan tidak jemu mengikuti blog ini untuk mengukuhkan lagi ikatan antara pelajar dan penduduk kampung.                                                                                                                           

Sekian, harap maklum

*Maap la ye..!!! gambo tak sempat ambil.. jadi, gambar-gambar diharapkan dapat emelkan kepada sy utk tindakan lanjut.. Tkasih

Rabu, 9 Disember 2009

APA DAH JADI?









Pemandangan geragerai peniagaan di kawasan Rumah Pangsa Country Heights, Pajam.. Bagaimanakah nasib para peniaga di sini? Sepatutnya, bahagian hadapan gerai berdepan jalan.. bukannya sebegini pembinaannya..

Apa pendapat anda? Salah siapa?  Tinggalkan di ruangan ulasan..