Ahad, 31 Januari 2010

MAJLIS PELANCARAN DANA SURAU PERDANA COLLEGE HEIGHTS

Gambar diatas adalah sekitar Majlis Pelancaran Dana Surau Perdana College Heights. Terima kasih buat Dato' Hasim b. Rusdi selaku ADUN Labu merangkap Exco Kerajaan Negeri Sembilan kerana sudi meluangkan masa hadir ke majlis ini. Terima kasih juga buat Pengerusi JKKK Kg. Batang Benar, En. Mohd. Salleh b. Othman kerana sudi juga bersama YB Dato' untuk memeriahkan majlis. Tidak lupa juga kepada seluruh jawatankuasa masjid Batang Benar, rakan-rakan Pangsa Country Heights serta penduduk Islam Perdana College Heights. Kutipan sehingga jam 9.00 malam ini ialah sebanyak RM7,000 lebih. Semoga kutipan akan mencapai sasarannya.

BANGUNAN TABIKA KEMAS, PERDANA COUNTRY HEIGHTS

Bermula 04hb Januari 2010 telah bermula operasi Tabika KEMAS Perdana Country Heights. Nama 'Perdana Country Heights' diambil sempena gabungan jawatankuasa penaja dari 2 kawasan iaitu Perdana College Heights dan Pangsa Country Heights. Bangunan ini adalah milik Puan Juana yang berbesar hati memberikan rumahnya sebagai bangunan sementara untuk disewakan oleh pihak KEMAS. Walaubagaimanapun, permohonan pembinaan Tabika KEMAS tapak tetap telah dimohon oleh Persatuan Penduduk Perdana College Heights melalui JKKK Kg Batang Benar. Tapak bangunan tetap adalah diatas tanah surau Perdana College Heights yang juga tanah telah dirizabkan milik Jabatan Hal Ehwal Agama Isalam N. Sembilan. Persetujuan oleh jawatankuasa pembinaan surau telah dinyatakan dalam mesyuarat bil 01/2010 yang ahli mesyuarat bersetuju memberikan sebahagian tempat untuk tapak Tabika KEMAS. Terima kasih kepada jawatankuasa surau dan penduduk Perdana College Heights.

Khamis, 28 Januari 2010

MESYUARAT JKKK KG. BATANG BENAR kali ke-3



Pada 21hb Januari 2009, mesyuarat JKKK Kg. Btg Benar bersama agensi kerajaan telah diadakan. Tetamu kehormat yang sudi meluangkan masa untuk hadir bersama ialah Dato' Hasim b. Rusdi selaku ADUN Labu merangkap bapa angkat DUN Nilai. Kehadiran beliau telah memberikan input yang baik utk ahli JKKK mengutarakan pelbagai soalan berkenaan dengan keseluruhan khariah.

Ahad, 10 Januari 2010

KELAS BIMBINGAN TUISYEN


Biro Pendidikan JKKK Batang Benar akam mewujudkan satu kelas bimbingan tuisyen untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang belajar di SK Batang Benar serta murid yang tinggal disekitar kawasan Batang Benar. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan kecemerlangan didalam bidang akademik sekaligus dapat mencapai keputusan yang cemerlang untuk UPSR 2010. Semoga ibubapa/penjaga dapat memberikan sokongan agar kelas bimbingan tuisyen ini berjaya. Sekian harap maklum.

Sasaran      : Pelajar Tahun 5 & 6 (2010)                                          
Tempat       : Balai Raya Kg. Batang Benar                                            
Bayaran      : RM 50.00 sebulan                                                               
Subjek        : Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris , Mathematics, Sains

Sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi Cikgu Anuar di talian 012-2344294 atau terus ke Pejabat Pentadbiran JKKK Batang Benar di Bukit Inai. Terima kasih.

PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

Satu Program Gotong-Royong memasak bubur asyura telah dijalankan oleh Jawatankuasa Surau Pangsa Pajam dengan kerjasama semua penduduk. Menurut Pengerusi Surau, program sebegini akan dijadikan program tahunan pihak jawatankuasa surau.


Harap Maklum