Rabu, 23 Disember 2009

Penentuan Arah Kiblat Surau Al-Falah Perdana College Heights




      Perdana College Heights bakal didirikan sebuah surau baru untuk para jemaah dikawasan sekitarnya menunaikan solat berjemaah disamping sebagai satu pusat komuniti penduduk Perdana College Heights. Untuk makluman semua, permohonan mendirikan surau telah diluluskan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N. Sembilan. Urusan pewartaan tanah juga sedang diproses di mana Pejabat Tanah & Daerah Seremban telah meluluskan permohonan perizaban tanah di kawasan ini sebagai tanah milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.S.                                                                                                                                                                                                                  
     Pada hari ini 24hb Disember 2009, Bahagian Falak Jabatan Mufti telah hadir dengan 3 orang pegawainya telah menjalankan urusan menentukan arah kiblat. Diharapkan dengan perkembangan ini, maka urusan dapatlah dipercepatkan dengan hasil usahasama antara Persatuan Penduduk Perdana College Heights dan Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah serta kerjasama daripada pihak JKKK Batang Benar.                                                                     
    Semoga ketibaan Ramadhan akan datang akan memberikan harapan baru kepada semua penduduk Islam dikawasan sekitar untuk bersama-sama menunaikan solat jemaah / terawih bersama-sama. InsyaAllah...                             

Proses permohonan kelulusan mengutip derma telahpun diuruskan dan hanya menunggu jawapan daripada pihak Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JHEAINS. Semoga usaha ini diberkati Allah S.W.T...                                      

BULAN KEBAJIKAN DISEMBER 2009

Biro Kebajikan dalam proses mengenalpasti penduduk kariah Batang Benar yang layak untuk mendapat bantuan
dari Kebajikan Masyarakat .  Borang-borang permohonan akan di edarkan secepat mungkin untuk di penuhi oleh penduduk kampung .   Sebarang pertanyaan bolih lah berhubung dengan  :

PUAN ISNAH MOHAMAD YASSIN
NO. TEL :   012 3039338
AJK BIRO KEBAJIKAN

Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga


Pada 24 Disember 2009, masa 2.30 hingga 5.00 ptg, Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga di bawah bimbingan Cikgu Norziah Daud akan mengadakan pertandingan hasil tangan dari murid-muridnya yang terdiri dari kaum wanita kariah Batang Benar. Hasil Tangan tersebut berbentuk  masakan: kueh moden dan tradisi, kraftangan: bunga  telur, gelang manik, bakul  kertas, dan sebagainya. Berkat dari bimbingan beliau ada dari kalangan peserta telah mendapat manfaat dari menghadiri kelas ini dimana mereka membuat dan menjual hasil tangan tersebut untuk mendapat pendapatan sampingan. Diharap kelas ini dapat diteruskan oleh pihak KEMAS pada masa akan datang.  

Rumusan Mesyuarat JKKK Kali ke-2



Pada 10hb Disember 2009 yang lalu, mesyuarat kali ke-2 JKKK dengan agensi kerajaan telah diadakan di Balai Raya. 2 daripada 3 agensi kerajaan yang dijemput untuk hadir telah menghantar pegawainya utk membantu JKKK dalam memberikan maklumat dan perbincangan. Dua agensi yang terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Perbandaran Nilai. Terima kasih diucapkan di atas kehadiran.

1. Pengerusi JKKK, En. Mohd Salleh mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK dan pegawai JKM dan MPN.

2. Memaklumkan bahawa bulan Januari 2010 telah ditetapkan sebagai Bulan Kebajikan telah dimasukkan sebagai salah satu program JKKK.

3. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberikan taklimat mengenai bentuk bantuan yang dapat disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan. Salah satunya adalah bantuan OKU. Contohnya, OKU yang berkerja akan diberikan bantuan RM300 setiap bulan dengan syarat perlu ada permohonan.

4. Bantuan ibu tunggal telah dijelaskan bahawa bantuan ini bermaksud adalah bantuan untuk anak-anak yang berusia dibawah 18 tahun. Yang berkenaan bolehlah memohon melalui pejabat Ketua Kampung.

5. Pegawai MPN juga telah memberikan taklimat mengenai bantuan kepada penduduk yang memerlukan. bantuan ini adalah peruntukkan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana MPN adalah merupakan perantara diantara pemohon dengan kerajaan. Permohonan lanjut bolehlah merujuk kepada Biro Kebajikan iaitu Puan Isnah.

6. Dimaklumkan juga sebarang aduan awam boleh dbuat secara terus ke MPN atau secara online melalui e-pbt. Cik Waheeda memaklumkan bahawa aduan melalui online atau secara terus adalah mempunyai matlamat yang sama dan bolehlah berbuat demikian mengikut kesesuaian.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Program Ziarah Senator Dato' Samsiah bt. Samsudin


Ahad, 20 Disember 2009

Karnival Mini Kesihatan JKKK Btg Benar Bersama pelajar UPM





Salam harmoni , Salam 1Malaysia..

Pada 22hb Disemeber 2009 (Selasa) yang lalu, berlangsungnya satu Majlis Perasmian Karnival Mini Kesihatan yang dianjurkan oleh Fakulti Kesihatan Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama JKKK Batang Benar. Program berlangsung di Balai Raya Btg Benar dan telah dirasmikan oleh wakil Pengerusi JKKK iaitu En. Mohd. Anuar Bin Saed. Majlis ini turut disertai oleh Prof. Dr Zaitun Yassin dan juga Dr. Hazizi sebagai pensyarah pengiring.                     


Program ini telah memberikan input yang berguna buat penduduk kampung yang menyertainya kerana pendedahan serta maklumat mengenai penjagaan kesihatan yang diterima oleh penduduk kampung adalah sangat terhad. Kumpulan pelajar ini telah menjalankan beberapa aktiviti dan kajian sepanjang 2 hari berada di Kampung Batang Benar.                                                                                                                                                                                                              

Pada majlis ini juga, ceramah kesihatan telah disampaikan oleh pelajar UPM sendiri yang begitu yakin memberikan maklumbalas hasil kajian yang dijalankan serta saranan penting dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Disusuli dengan demonstrasi masakan kesihatan serta pameran kesihatan yang telah disediakan oleh kumpulan pelajar ini.                                                                                                                                                                                                     

Bagi pihak JKKK, kami amat berbesar hati dengan kahadiran pelajar serta pensyarah ke Btg Benar untuk menjalankan aktiviti sekaligus memberikan kebaikan kepada penduduk kampung serta pengalaman berharga untuk pelajar yang mengikuti program ini.                                                                                                                                                       

Harapan bagi pihak JKKK agar semua pelajar UPM akan menjadikan Kg. Btg Benar sebagai satu destinasi pilihan untuk dilawati pada masa-masa akan datang. Juga diharapkan tidak jemu mengikuti blog ini untuk mengukuhkan lagi ikatan antara pelajar dan penduduk kampung.                                                                                                                           

Sekian, harap maklum

*Maap la ye..!!! gambo tak sempat ambil.. jadi, gambar-gambar diharapkan dapat emelkan kepada sy utk tindakan lanjut.. Tkasih

Rabu, 9 Disember 2009

APA DAH JADI?









Pemandangan geragerai peniagaan di kawasan Rumah Pangsa Country Heights, Pajam.. Bagaimanakah nasib para peniaga di sini? Sepatutnya, bahagian hadapan gerai berdepan jalan.. bukannya sebegini pembinaannya..

Apa pendapat anda? Salah siapa?  Tinggalkan di ruangan ulasan..

K-BESTARI pemangkin Belia Gemilang...



Mercu tanda kewujudan K-Bestari kawasan Kampung Batang Benar telah dipamerkan dengan berdirinya Tugu K-Bestari yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Penerangan... Kepada belia yang berminat untuk menjadi ahli, bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi En. Rosli atau dengan membuat ulasan di bawah artikel ini.

Terima kasih kepada Jabatan Penerangan di atas pemasangan tugu K-Bestari Kawasan Kampung Batang Benar. Semoga belia Batang Benar akan terus bergiat aktif dalam program kemasyarakatan.

Sekitar Majlis Korban Hari Raya Aidil Adha


Selasa, 8 Disember 2009

PROGRAM KOMUNITI PELAJAR UPM



Pada 8-9hb Disember 2009, seramai 15 orang pelajar Universiti Putra Malaysia telah berada di Kampung Batang Benar untuk menjalankan beberapa bancian serta soal-selidik berkaitan pemakanan dan kesihatan. Kumpulan pelajar ini telah diketuai oleh pensyarahnya iaitu Prof. Madya Dr. Zaitun Yassin adalah merupakan pelajar daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM Serdang. Kehadiran semua pelajar sangat dialu-alukan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Batang Benar.


Sepanjang program yang berlangsung selama 2 hari ini, pelbagai pendedahan serta pengalaman telah dapat diambil oleh setiap pelajar bukan sahaja daripada sudut pemakanan dan kesihatan masyarakat kampung, bahkan dapat merasakan kehidupan dan gaya hidup masyarakat kampung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membuat kajian dari rumah ke rumah penduduk taman dan kampung disamping menyoal-selidik berkaitan gaya hidup dan pemakanan masyarakat di Batang Benar. Selain daripada itu, mereka juga telah membuat pemeriksaan tekanan darah secara kepada setiap penduduk yang mereka kunjungi.


Program sebegini amatlah bersesuai kerana disamping memperkenalkan Kampung Batang Benar kepada masyarakat luar, secara tidak langsung para pelajar dapat menimba pengalaman serta melihat adat budaya masyarakat Negeri Sembilan yang terdiri daripada pelbagai adat dan budayanya.


Pihak JKKK Batang Benar merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Zaitun kerana memilih Kampung Batang Benar sebagai destinasi pilihan untuk para pelajarnya membuat kajian serta melaksanakan program komuniti mereka. Semoga semua pelajar gembira dapat bersama penduduk kampung dan berkenal-kenalan dengan mereka. Mohon dan maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang program ini dilaksanakan.


Sekian.

Ahad, 29 November 2009

MESYUARAT AHLI JKKK BATANG BENAR KALI KE-2

Untuk makluman semua, pihak JKKK Batang Benar akan mengadakan mesyuarat bersama beberapa agensi kerajaan seperti MPN, JKR, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai agensi lagi pada maklumat seperti berikut :



TARIKH :  10hb DISEMBER 2009 ( KHAMIS )
MASA    :  2.30 petang
TEMPAT : BALAI RAYA KG. BATANG BENAR



Kepada semua ahli khariah Batang Benar, sila masukkan aduan atau sebarang cadangan anda di dalam ruangan komen di bawah. Suara anda adalah penting demi pembangunan keseluruhan Khariah Batang Benar.

Sekian, harap maklum.

Selasa, 24 November 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH utk WANITA



Pada 24hb November 2009 yang lalu, satu program Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan di Balai Raya Kg, Btg Benar. Program ini telah dikendalikan oleh KEMAS dengan kerjasama JKKK Batang Benar. Ustazah yang memimpin kursus ini ialah Ustazah Hamidah yang begitu aktif dalam memberikan ilmu kpd kaum ibu yang berada di dalam khariah Btg Benar ini. Turut membantu ialah Ustazah Fatimah yang bertukus-lumus memberikan penerangan kepada peserta yang hadir.


Pada hari tersebut juga, seramai 35 orang peserta telah mengambil bahagian untuk sama-sama menimba ilmu dalam hal pengurusan jenazah. Pendedahan sebegini adalah perlu kerana dapat melahirkan pelapis untuk menguruskan jenazah wanita tidak kira di mana berada..


Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang terutamnya untuk kaum lelaki pula supaya matlamat akan tercapai bagi memberikan ilmu pengetahuan tentang pengurusan jenazah.


Sekian, harap maklum.

KELAS AGAMA TAJWID UNTUK WANITA


Untuk makluman semua kaum wanita di sekitar khariah Kg. Batang Benar, satu kelas tajwid telah diadakan di Balai Raya Kg. Batang Benar yang bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang pelbagai hukum tajwid dalam bacaan Al-Quran serta bimbingan agama dalam kehidupan. Kelas ini dianjurkan oleh KEMAS dan berfungsi aktif pada ketika ini.

Berikut adalah maklumat mengenai aktiviti ini :

    PROGRAM : KELAS TAJWID
      HARI           : SETIAP KHAMIS
    PESERTA    : KAUM WANITA

Sebarang pertanyaan , bolehlah menghubungi Kak Nor di talian : 0192187510.



    

Selasa, 17 November 2009

TABIKA KEMAS bakal diwujudkan 2010



Salam 1Malaysia. 

Hasil usaha JKKK Btg Benar serta kerjasama daripada Persatuan Penduduk Perdana College Height & KRT Country Height, Pajam, pada Januari 2010 ini bakal diwujudkan sebuah lagi Tadika KEMAS didalam khariah Btg Benar. Lokasi untuk permulaan ini ialah di kawasan Pangsa Pajam kerana penempatan tetap akan disusuli kemudian kerana belum ada lokasi yang bersesuaian untuk didikan Tadika KEMAS ini.


Walaubagaimanapun, watikah penubuhan Tadika KEMAS ini telah diberikan oleh Pegawai KEMAS Parlimen Seremban iaitu Tuan Hj. Ali b. Abd. Majid. Hal ini menunjukkan komited serta kesungguhan yang tinggi serta kerjasama yang erat telah berjaya dicantumkan bagi mewujudkan Tadika ini demi pendidikan awal persekolahan anak-anak kita terutamnya di dalam khariah Batang Benar ini.



Untuk urusan pendaftaran, telah dibuka. Walaubagaimanapun, segala urusan pendaftaran terpaksa dijalankan melalui Tadika KEMAS Batang Benar kerana kawasan baru ini masih belum sempurna kemudahan untuk urusan pendaftaran. Diharap, semua ibu bapa di kawasan Pangsa Pajam dan Perdana College Heights gembira dengan usaha ini.


Pada 22hb November 2009 yang lalu, Tuan Hj Ali b. Abd Majid telah memberikan taklimat yang serba lengkap bagi memaklumkan kdp ibu bapa / penjaga mengenai penubuhan Tabika KEMAS ini. Secara tidak langsung dapat memberikan gambaran jelas kpd ibu bapa mengenai hasrat murni jawatankuasa penaja dalam hal pembangunan pendidikan awal persekolahan anak-anak di kawasan sekitar.



Sekian, harap maklum.

Ahad, 1 November 2009

SEKITAR KARNIVAL PIBG-JKKK BATANG BENAR




Dari awal pagi sebelum berlangsungnya Karnival PIBG-JKKK ini hujan telah turun membasahi bumi Batang Benar seolah-olah membantutkan hasrat murni dalam penyelarasan program. Namun syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya juga, karnival ini telah berjalan dengan jayanya.


Sejak dari seawal jam 8.00am lagi, para pengunjung telah mula menjejak kaki ke perkarangan Sek. Keb. Batang Benar selain daripada pelajar-pelajar yang telah awal pagi bersemangat datang ke sekolah. Dengan kelihatan 4 buah bas bergerak utama yang yang terdiri daripada Pusat Sains Negara, Mimos, Jabatan Meteorologi serta Jabatan Pendaftaran Negara menaikkan semangat pengunjung untuk mengetahui apakah perkhidmatan yang telah disediakan oleh bas bergerak tersebut.


Pada hari ini, pelbagai pihak yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta turut mengambil bahagian dalam bentuk pameran dan perkhidmatan. Diantaranya ialah, MIMOS dengan internet bergerak, Pusat Sains Negara dengan pameran interaktif, Jabatan Pendaftaran Negara yang memberikan perkhidmatan mengemaskini kat pengenalan, Suruhanjaya Pilihanraya malaysia yang menyediakan kaunter Semakan Daftar Pemilih yang pada hari ini sahaja telah menerima lebih daripada 100 orang yang mendaftar sebagai pengundi selepas proses penukaran alamat di kaunter JPN. Selain itu, terdapat juga pameran daripada Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Takaful Ikhlas, FRIM, Jabatan Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian Malaysia, jabatan Meteorologi, Celcom , RELA dan banyak lagi gerai-gerai yang menyediakan pelbagai kemudahan.


Pada pagi itu juga diceriakan dengan kehadiran bakal Angkasawan Negara iaitu Mejar Dr. Faiz Khaleed yang telah menyampaikan ceramah beliau. Keharidan Dr Faiz memang ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Batang Benar.


Hujan masih terus membasahi bumi Btg Benar. Pelbagai program tetap diteruskan seperti acara sukaneka , pertandingan Tarik Tali , peraduan Teka Kacang juga mendapat sambutan yang menggalakkan kerana hadiahnya berupa sebuah basikal. Jawapan bagi peraduan teka kacang ialah jumlah kacangnya sebanyak 686 biji kacang kesemuanya.


Semua program telah selesai pada jam 3.30 petang dan majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Hajah Samsiah bt Samsudin, Anggota Dewan Negara merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Seremban.


Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.

Khamis, 29 Oktober 2009

TERIMA KASIH ATAS PELANCARAN BLOG JKKK BATANG BENAR

SELURUH AHLI JKKK DAN PENDUDUK DI DALAM KHARIAH KG. BATANG BENAR MENGUCAPKAN :


 TERIMA KASIH & SEKALUNG PENGHARGAAN  
KEPADA 
YB SENATOR DATO' HAJAH SAMSIAH BINTI SAMSUDIN 
SEMPENA 
PELANCARAN BLOG JKKK BATANG BENAR


Isnin, 26 Oktober 2009

KARNIVAL PIBG-JKKK BATANG BENAR, NILAI



Kepada semua penduduk disekitar Batang Bonar dan pelayar blog ini.. Jangan lupa utk datang beramai-ramai ke Sek. Keb. Batang Benar utk program Karnival PIBG - JKKK Batang Benar :

TARIKH               : 31hb OKTOBER 2009 (SABTU)
MASA                   : 8.00 PAGI - 3.00 PETANG
TEMPAT              : PERKARANGAN S.K BATANG BENAR
TETAMU KHAS : MEJAR DR. FAIZ B. KHALEED ( ANGKASAWAN NEGARA )

Program Utama :
Pameran Interaktif Sains & Teknologi

- Internet Bergerak ( PERCUMA )
- Pusat Sains Negara ( PERCUMA )
- Jabatan KajiCuaca ( PERCUMA )
- Security System Cyberjaya ( PERCUMA )

Perkhidmatan :

- Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)
  (kpd warganegara negara M'sia yg telah mencapai umur 21tahun ke atas, adalah digalakkan menggunakan    kesempatan ini untuk mendaftar sebagai pengundi.)
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  (utk urusan mengemaskini maklumat dalam kad pengenalan atau penukaran alamat - *Sila bawa bersama      salinan bil air/bil elektrik anda utk urusan penukaran alamat )
- Kementerian Kesihatan Malaysia (pemeriksaan kesihatan PERCUMA)
- Ikatan Relawan (RELA)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat )

Sukaneka :

-Tarik Tali (Lelaki) - Terbuka utk penduduk di bawah khariah Batang Benar shj. (maaf la ye)
 (Hadiah lumayan : JOHAN=RM500, N.JOHAN=RM300. Ketiga =RM200)
-Meniup Belon
-Lari Ikat kaki
-Boling Kampung
-Makan Epal

Datanglah awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Makanan dan minuman boleh dibeli dgn membeli kupon yang dibekalkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Batang Benar.

           "1Khariah - 1Masyarakat - 1Wawasan"

Ahad, 18 Oktober 2009

Hari USIM masuk Kg. Batang Benar


 Pada 11hb Oktober 2009 yang lalu, telah berlangsung dgn jayanya Program BaktiSiswa USIM 2009 dengan kerjasama JKKK Kg. Batang Benar. Program yang dijalankan sepanjang hari itu telah berjaya mengumpulkan penduduk Kampung bersama siswa-siswi USIM. Pada awal program, pelajar USIM telah dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing diikuti dengan Program Motivasi pelajar serta Tasihanul Quran.Di samping itu, kerja-kerja pembinaan Tugu Peringatan sebagai tanda "USIM masuk Kampung" telah dibina berdekatan dengan masjid Batang Benar dengan dibantu oleh Ahli JKKK dan penduduk kampung.


Pada sebelah petangnya, program Sukan Rakyat telah berjaya diadakan dengan penglibatan yang baik telah diberikan oleh penduduk kampung. Majlis ini diakhiri dengan ceramah agama dimasjid sert perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Cancelor, Prof. Datuk Dr. Mohamed Asin b. Dollah.


Gambar diatas menunjukkan cenderahati yang disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor kepada Pengerusi JKKK Kg. Btang Benar iaitu En. Mohd. Salleh b. Hj Othman.


Jumaat, 9 Oktober 2009

Penurapan Jalan di Taman Dahlia


Alhamdulillah... Jalan masuk sepanjang Taman Dahlia telah diturap tar baru untuk kemudahan penduduk di sekitarnya. Berdoalah agar dikawasan2 lain juga akan diturap dengan jalan tar yang baru. Terima kasih diatas usaha Pengerusi JKKK, En. Mohd. Salleh Hj Othman bersama Ahli JKKK yang lain untuk membangunkan kemudahan prasarana dikawasan pentadbiran JKKK Batang Benar serta khariahnya.

Khamis, 8 Oktober 2009

Program Bakti-Siswa USIM 2009



Pada 11hb Oktober 2009 bersamaan dengan Hari Ahad ini, satu program kemasyarakatan akan diadakan Kg. Batang Benar yang melibatkan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan "berkampung" selama satu hari di sini. Program ini adalah anjuran USIM dengan kerjasama pihak JKKK Batang Benar, Nilai untuk menjayakannya. Lebih mesra program ini dinamakan "USIM masuk kampung".  Program sehari ini bermula dari jam 8.00pagi sehingga 11.00 malam hari yang sama.

     Di antara pengisian program ini ialah aktiviti keluarga angkat , program motivasi pelajar, tasihanul Quran I bagi pelajar sekolah ), bergotong-royong membersihkan masjid, membuat 'tugu peringatan', sukan rakyat & tradisional, sukaneka serta diakhiri dengan ceramah agama pada malam tersebut. Jadi, program yang julung-julung kali diadakan ini seharusnya dijadikan sebagai batu loncatan untuk pihak JKKK Batang Benar untuk memperkenalkan kepada umum tentang keunikan Kampung Batang Benar itu sendiri.

   Oleh yang demikian, adalah dialu-alukan semua warga kariah Batang Benar termasuk Perdana College Heights dan Rumah pangsa Pajam untuk bersama-sama menyemarakkan ikatan kemasyarakatan sesama insan didalam program yang telah diatur. Penyertaan pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 adalah sangat dialu-alukan untuk Program Motivasi serta Tasihanul Quran. Sebagai penutup kata, saya mewakili Pengerusi JKKK Batang Benar, En. Mohd. Salleh Othman mengalu-alukan kehadiran semua warga sekitar Batang Benar untuk bersama-sama pelajar USIM serta orang kampung untuk menyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan.

Sekian.

Khamis, 1 Oktober 2009

Mesyuarat Pelarasan Karnival SK Batang Benar anjuran PIBG-JKKK

Pada 29hb September 2009, satu mesyuarat pelaksanaan Karnival Sekolah Kebangsaan Batang Benar telah diadakan di bilik mesyuarat sekolah. Mesyuarat pada kali ini melibat pihak jawatankuasa sekolah, PIBG, JKKK Batang Benar, pihak yang membuat pameran serta para peniaga makanan & minuman untuk hari tersebut.



Di antara kesepakatan yang dapat dicapai ialah :
1. Tarikh program ialah pada 31hb Oktober 2009 ( Sabtu ) kerana 3hb September 2009 Ajk JKKK kebanyakkannya akan ke Bagan Pinang untuk urusan penamaan calon PRK Bagan Pinang.

2. Sebanyak 10 lot gerai makanan/minuman telah disediakan
3. Sebanyak 5 lot ruang pameran telah disediakan untuk agensi-agensi kerajaan membuat pameran. 
4. Agensi yang akan hadir ialah seperti Jabatan Meteorologi, Pusat Sains Negara, Agensi Dadah Kebangsaan, Bank Rakyat dan banyak lagi yang akan mengambil bahagian.
5. Pihak JKKK akan mengendalikan acara sukaneka melibatkan 3 acara iaitu tarik tali, sepak raga dan basikal lambat.
6. Belia Bukit Inai akan membantu menaikkan banner serta mengedarkan flyers tentang karnival.
7.   Promosi akan dilaksnakan melalui siaran suratkhabar Sinar Harian, Banner , Flyers serta berkemungkinan dicorong radio Negeri.fm.
8.  Perasmian berkemungkinan akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Hassan.

Jumaat, 25 September 2009

SELAMAT DATANG KE KG. BATANG BENAR

Kg. Batang Benar, Nilai terletak di sebuah daerah di Negeri Sembilan Darul Khusus. Hanya 5 minit untuk ke Pusat Membeli-belah Nilai 3. Terdiri daripada beberapa buah kawasan perumahan meliputi kampung dan beberapa buah taman.

BLOG RASMI JKKK KG. BTG BENAR

Salam buat semua pelayar blog ini...

Blog ini merupakan blog rasmi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK Batang Benar) yang direka khas buat seluruh warga kawasan pentadbiran Batang Benar untuk mengakses maklumat serta aktiviti yang telah atau bakal dilaksanakan oleh pihak JKKK.

Oleh yang demikian, diharapkan semua blogger sentiasa mengupdate blog ini untuk informasi terkini, membuat aduan, komen, cadangan dan sebagainya kerana kemudahan internet adalah suatu yang terbaik untuk kita bersama-sama membangunkan suara komuniti.

Sekian, terima kasih