Khamis, 8 Oktober 2009

Program Bakti-Siswa USIM 2009



Pada 11hb Oktober 2009 bersamaan dengan Hari Ahad ini, satu program kemasyarakatan akan diadakan Kg. Batang Benar yang melibatkan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan "berkampung" selama satu hari di sini. Program ini adalah anjuran USIM dengan kerjasama pihak JKKK Batang Benar, Nilai untuk menjayakannya. Lebih mesra program ini dinamakan "USIM masuk kampung".  Program sehari ini bermula dari jam 8.00pagi sehingga 11.00 malam hari yang sama.

     Di antara pengisian program ini ialah aktiviti keluarga angkat , program motivasi pelajar, tasihanul Quran I bagi pelajar sekolah ), bergotong-royong membersihkan masjid, membuat 'tugu peringatan', sukan rakyat & tradisional, sukaneka serta diakhiri dengan ceramah agama pada malam tersebut. Jadi, program yang julung-julung kali diadakan ini seharusnya dijadikan sebagai batu loncatan untuk pihak JKKK Batang Benar untuk memperkenalkan kepada umum tentang keunikan Kampung Batang Benar itu sendiri.

   Oleh yang demikian, adalah dialu-alukan semua warga kariah Batang Benar termasuk Perdana College Heights dan Rumah pangsa Pajam untuk bersama-sama menyemarakkan ikatan kemasyarakatan sesama insan didalam program yang telah diatur. Penyertaan pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 adalah sangat dialu-alukan untuk Program Motivasi serta Tasihanul Quran. Sebagai penutup kata, saya mewakili Pengerusi JKKK Batang Benar, En. Mohd. Salleh Othman mengalu-alukan kehadiran semua warga sekitar Batang Benar untuk bersama-sama pelajar USIM serta orang kampung untuk menyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan.

Sekian.

2 ulasan:

Cikgu Anuar berkata...

Salam: Semoga Program Bakti Siswa USIM - JKKK Batang Benar akan berjalan dgn lancar.

Ust najib berkata...

Insya Allah cikgu. Sy rs terharu dgn jasa baik kalian..