Ahad, 1 November 2009

SEKITAR KARNIVAL PIBG-JKKK BATANG BENAR




Dari awal pagi sebelum berlangsungnya Karnival PIBG-JKKK ini hujan telah turun membasahi bumi Batang Benar seolah-olah membantutkan hasrat murni dalam penyelarasan program. Namun syukur alhamdulillah, dengan izin-Nya juga, karnival ini telah berjalan dengan jayanya.


Sejak dari seawal jam 8.00am lagi, para pengunjung telah mula menjejak kaki ke perkarangan Sek. Keb. Batang Benar selain daripada pelajar-pelajar yang telah awal pagi bersemangat datang ke sekolah. Dengan kelihatan 4 buah bas bergerak utama yang yang terdiri daripada Pusat Sains Negara, Mimos, Jabatan Meteorologi serta Jabatan Pendaftaran Negara menaikkan semangat pengunjung untuk mengetahui apakah perkhidmatan yang telah disediakan oleh bas bergerak tersebut.


Pada hari ini, pelbagai pihak yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta turut mengambil bahagian dalam bentuk pameran dan perkhidmatan. Diantaranya ialah, MIMOS dengan internet bergerak, Pusat Sains Negara dengan pameran interaktif, Jabatan Pendaftaran Negara yang memberikan perkhidmatan mengemaskini kat pengenalan, Suruhanjaya Pilihanraya malaysia yang menyediakan kaunter Semakan Daftar Pemilih yang pada hari ini sahaja telah menerima lebih daripada 100 orang yang mendaftar sebagai pengundi selepas proses penukaran alamat di kaunter JPN. Selain itu, terdapat juga pameran daripada Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Takaful Ikhlas, FRIM, Jabatan Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian Malaysia, jabatan Meteorologi, Celcom , RELA dan banyak lagi gerai-gerai yang menyediakan pelbagai kemudahan.


Pada pagi itu juga diceriakan dengan kehadiran bakal Angkasawan Negara iaitu Mejar Dr. Faiz Khaleed yang telah menyampaikan ceramah beliau. Keharidan Dr Faiz memang ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Batang Benar.


Hujan masih terus membasahi bumi Btg Benar. Pelbagai program tetap diteruskan seperti acara sukaneka , pertandingan Tarik Tali , peraduan Teka Kacang juga mendapat sambutan yang menggalakkan kerana hadiahnya berupa sebuah basikal. Jawapan bagi peraduan teka kacang ialah jumlah kacangnya sebanyak 686 biji kacang kesemuanya.


Semua program telah selesai pada jam 3.30 petang dan majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Hajah Samsiah bt Samsudin, Anggota Dewan Negara merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Seremban.


Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.

Tiada ulasan: