Rabu, 23 Disember 2009

Penentuan Arah Kiblat Surau Al-Falah Perdana College Heights




      Perdana College Heights bakal didirikan sebuah surau baru untuk para jemaah dikawasan sekitarnya menunaikan solat berjemaah disamping sebagai satu pusat komuniti penduduk Perdana College Heights. Untuk makluman semua, permohonan mendirikan surau telah diluluskan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N. Sembilan. Urusan pewartaan tanah juga sedang diproses di mana Pejabat Tanah & Daerah Seremban telah meluluskan permohonan perizaban tanah di kawasan ini sebagai tanah milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.S.                                                                                                                                                                                                                  
     Pada hari ini 24hb Disember 2009, Bahagian Falak Jabatan Mufti telah hadir dengan 3 orang pegawainya telah menjalankan urusan menentukan arah kiblat. Diharapkan dengan perkembangan ini, maka urusan dapatlah dipercepatkan dengan hasil usahasama antara Persatuan Penduduk Perdana College Heights dan Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Falah serta kerjasama daripada pihak JKKK Batang Benar.                                                                     
    Semoga ketibaan Ramadhan akan datang akan memberikan harapan baru kepada semua penduduk Islam dikawasan sekitar untuk bersama-sama menunaikan solat jemaah / terawih bersama-sama. InsyaAllah...                             

Proses permohonan kelulusan mengutip derma telahpun diuruskan dan hanya menunggu jawapan daripada pihak Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JHEAINS. Semoga usaha ini diberkati Allah S.W.T...                                      

Tiada ulasan: