Rabu, 23 Disember 2009

Rumusan Mesyuarat JKKK Kali ke-2



Pada 10hb Disember 2009 yang lalu, mesyuarat kali ke-2 JKKK dengan agensi kerajaan telah diadakan di Balai Raya. 2 daripada 3 agensi kerajaan yang dijemput untuk hadir telah menghantar pegawainya utk membantu JKKK dalam memberikan maklumat dan perbincangan. Dua agensi yang terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Perbandaran Nilai. Terima kasih diucapkan di atas kehadiran.

1. Pengerusi JKKK, En. Mohd Salleh mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK dan pegawai JKM dan MPN.

2. Memaklumkan bahawa bulan Januari 2010 telah ditetapkan sebagai Bulan Kebajikan telah dimasukkan sebagai salah satu program JKKK.

3. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberikan taklimat mengenai bentuk bantuan yang dapat disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan. Salah satunya adalah bantuan OKU. Contohnya, OKU yang berkerja akan diberikan bantuan RM300 setiap bulan dengan syarat perlu ada permohonan.

4. Bantuan ibu tunggal telah dijelaskan bahawa bantuan ini bermaksud adalah bantuan untuk anak-anak yang berusia dibawah 18 tahun. Yang berkenaan bolehlah memohon melalui pejabat Ketua Kampung.

5. Pegawai MPN juga telah memberikan taklimat mengenai bantuan kepada penduduk yang memerlukan. bantuan ini adalah peruntukkan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di mana MPN adalah merupakan perantara diantara pemohon dengan kerajaan. Permohonan lanjut bolehlah merujuk kepada Biro Kebajikan iaitu Puan Isnah.

6. Dimaklumkan juga sebarang aduan awam boleh dbuat secara terus ke MPN atau secara online melalui e-pbt. Cik Waheeda memaklumkan bahawa aduan melalui online atau secara terus adalah mempunyai matlamat yang sama dan bolehlah berbuat demikian mengikut kesesuaian.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Tiada ulasan: