Selasa, 24 November 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH utk WANITA



Pada 24hb November 2009 yang lalu, satu program Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan di Balai Raya Kg, Btg Benar. Program ini telah dikendalikan oleh KEMAS dengan kerjasama JKKK Batang Benar. Ustazah yang memimpin kursus ini ialah Ustazah Hamidah yang begitu aktif dalam memberikan ilmu kpd kaum ibu yang berada di dalam khariah Btg Benar ini. Turut membantu ialah Ustazah Fatimah yang bertukus-lumus memberikan penerangan kepada peserta yang hadir.


Pada hari tersebut juga, seramai 35 orang peserta telah mengambil bahagian untuk sama-sama menimba ilmu dalam hal pengurusan jenazah. Pendedahan sebegini adalah perlu kerana dapat melahirkan pelapis untuk menguruskan jenazah wanita tidak kira di mana berada..


Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang terutamnya untuk kaum lelaki pula supaya matlamat akan tercapai bagi memberikan ilmu pengetahuan tentang pengurusan jenazah.


Sekian, harap maklum.

1 ulasan:

Penghuni baru Khariah Btg Benar berkata...

Aktiviti sebegini haruslah dijadikan aktiviti sepanjang masa kerana amat bermanfaat utk semua wanita. Juga diharapkan ada pula program utk lelaki. Tahniah buat JKKK Btg Benar