Ahad, 20 Disember 2009

Karnival Mini Kesihatan JKKK Btg Benar Bersama pelajar UPM





Salam harmoni , Salam 1Malaysia..

Pada 22hb Disemeber 2009 (Selasa) yang lalu, berlangsungnya satu Majlis Perasmian Karnival Mini Kesihatan yang dianjurkan oleh Fakulti Kesihatan Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama JKKK Batang Benar. Program berlangsung di Balai Raya Btg Benar dan telah dirasmikan oleh wakil Pengerusi JKKK iaitu En. Mohd. Anuar Bin Saed. Majlis ini turut disertai oleh Prof. Dr Zaitun Yassin dan juga Dr. Hazizi sebagai pensyarah pengiring.                     


Program ini telah memberikan input yang berguna buat penduduk kampung yang menyertainya kerana pendedahan serta maklumat mengenai penjagaan kesihatan yang diterima oleh penduduk kampung adalah sangat terhad. Kumpulan pelajar ini telah menjalankan beberapa aktiviti dan kajian sepanjang 2 hari berada di Kampung Batang Benar.                                                                                                                                                                                                              

Pada majlis ini juga, ceramah kesihatan telah disampaikan oleh pelajar UPM sendiri yang begitu yakin memberikan maklumbalas hasil kajian yang dijalankan serta saranan penting dalam penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Disusuli dengan demonstrasi masakan kesihatan serta pameran kesihatan yang telah disediakan oleh kumpulan pelajar ini.                                                                                                                                                                                                     

Bagi pihak JKKK, kami amat berbesar hati dengan kahadiran pelajar serta pensyarah ke Btg Benar untuk menjalankan aktiviti sekaligus memberikan kebaikan kepada penduduk kampung serta pengalaman berharga untuk pelajar yang mengikuti program ini.                                                                                                                                                       

Harapan bagi pihak JKKK agar semua pelajar UPM akan menjadikan Kg. Btg Benar sebagai satu destinasi pilihan untuk dilawati pada masa-masa akan datang. Juga diharapkan tidak jemu mengikuti blog ini untuk mengukuhkan lagi ikatan antara pelajar dan penduduk kampung.                                                                                                                           

Sekian, harap maklum

*Maap la ye..!!! gambo tak sempat ambil.. jadi, gambar-gambar diharapkan dapat emelkan kepada sy utk tindakan lanjut.. Tkasih

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kembali dengan segala layanan dan komitmen JKK & penduduk Batang Benar. Diharapakan hubungan ukhuwah yang terjalin dapat dikekalkan selamanya.

Zalina
Tutor
Jabatan Pemakanan & Dietetik, FPSK, UPM