Selasa, 8 Disember 2009

PROGRAM KOMUNITI PELAJAR UPM



Pada 8-9hb Disember 2009, seramai 15 orang pelajar Universiti Putra Malaysia telah berada di Kampung Batang Benar untuk menjalankan beberapa bancian serta soal-selidik berkaitan pemakanan dan kesihatan. Kumpulan pelajar ini telah diketuai oleh pensyarahnya iaitu Prof. Madya Dr. Zaitun Yassin adalah merupakan pelajar daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM Serdang. Kehadiran semua pelajar sangat dialu-alukan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) Batang Benar.


Sepanjang program yang berlangsung selama 2 hari ini, pelbagai pendedahan serta pengalaman telah dapat diambil oleh setiap pelajar bukan sahaja daripada sudut pemakanan dan kesihatan masyarakat kampung, bahkan dapat merasakan kehidupan dan gaya hidup masyarakat kampung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membuat kajian dari rumah ke rumah penduduk taman dan kampung disamping menyoal-selidik berkaitan gaya hidup dan pemakanan masyarakat di Batang Benar. Selain daripada itu, mereka juga telah membuat pemeriksaan tekanan darah secara kepada setiap penduduk yang mereka kunjungi.


Program sebegini amatlah bersesuai kerana disamping memperkenalkan Kampung Batang Benar kepada masyarakat luar, secara tidak langsung para pelajar dapat menimba pengalaman serta melihat adat budaya masyarakat Negeri Sembilan yang terdiri daripada pelbagai adat dan budayanya.


Pihak JKKK Batang Benar merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Zaitun kerana memilih Kampung Batang Benar sebagai destinasi pilihan untuk para pelajarnya membuat kajian serta melaksanakan program komuniti mereka. Semoga semua pelajar gembira dapat bersama penduduk kampung dan berkenal-kenalan dengan mereka. Mohon dan maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang program ini dilaksanakan.


Sekian.

7 ulasan:

Biro Pembangunan ICT berkata...

Terima kasih buat semua pelajar kerana sudi ke Kampung Batang Benar.. Senang2 datang lg

Shaz Naz berkata...

waha..gambar sy sangat dahsyat..hehe..terima kasih penduduk kampung semua yang sangat peramah dan baik hati bantu kami..kerjasama dan pengalaman yang amat sy hargai..=)

Che'gu Anuar berkata...

Kalau cik shaz naz ada gambo 2-3 keping lagi, emelkan ke jkkkbatangbenar@yahoo.com... kebanyakkan manusia suka tgk gambo, cerita tak baca pun takpe.. Ok.. thanks

Shaz Naz berkata...

ok blh je..ptg ni sy email

murni berkata...

sy pon nk ucap terima kasih byk2 pd jkkk btg benar kerana telah melayan kami dgn baik semasa kami membuat latihan praktikal di sana. terima kasih juga kepada penduduk kg btg benar yg sudi memberi kerjasama utk disoal selidik ^_^

Biro Pembangunan ICT berkata...

Salam: Kedatangan anda pada 22hb Dis ni dialu-alukan.. Boleh tak bgtau serba ringkas aktiviti 22hb tu.. Tkasih

Shaz Naz berkata...

22 hb tuh akan bermula pukul 2 petang

2ptg-pendaftaran
3ptg-ucapan dan perasmian ketua kampung
3.15ptg-ceramah "gaya hidup sihat dan berkualiti"
4.ooptg-penutup dan penyampaian hadiah
4.15 ptg-rehat dan solat asar
4.45ptg-senaman arobik
5.15-minum petang dan bersurai